Friday, 26 December 2014

10 KELEBIHAN MENGAPA PILIH MRMS WEDDING & EVENT.




1- Makanan sedap dan berkualiti.

2- Layanan yang profesional.

3- Harga pakej yang berpatutan.

4- Pekerja yang berpengalaman.

5- Penjagaan masa yang bagus.

6- Menawarkan hadiah menarik.

7- Team yang kreatif dan berinovasi.

8- Kekuatan aspek fizikal dan mental.

9- Konsultansi majlis secara percuma.

10- Reputasi perniagaan yang baik.


Tuesday, 23 December 2014

PAKEJ PERKAHWINAN MRMS WEDDING & EVENT TAHUN 2015

Pakej Perkahwinan MRMS WEDDING & EVENT telah pun siap dan akan digunakan bermula esok. Bagi pelanggan yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pakej kami boleh hubungi kami di no 0122736380. 

Ataupun berjumpa team kami di Pameran Perkahwinan pada 9 - 11 Januari 2015 di Danga City Mall, 
Johor Bahru bulan hadapan.

Team kami yang mesra akan kongsikan maklumat pakej kepada pelanggan yang hadir di pameran tersebut. Harag pakej untuk tahun 2015 adalah seperti berikut :

Dewan Muslimin                     =          RM 13.90 / 1000pax
Dewan Muslimat                     =          RM 15.90 / 1000pax
Dewan Murabbi                      =          RM 25.90 / 1000pax
                                                                      
Khemah Mukminin                  =          RM 13.90 / 1000pax
Khemah Mukminat                  =          RM 15.90 / 1000pax
Khemah Mu’alim                    =          RM 25.90 / 1000pax

Harga yang di nyatakan adalah harga yang belum diskaun. Jadi, untuk dapatkan harga diskaun yang menarik jangan lepaskan peluang datang beramai - ramai bersama pasangan, keluarga dan juga kawan kawan ke pameran itu nanti.



                                                                       




Friday, 19 December 2014

PROMOTER MRMS WEDDING & EVENT DI PAMERAN PERKAHWINAN



MRMS WEDDING & EVENT membantu bakal pengantin yang memerlukan perkhidmatan katering & pakej perkahwinan yang menawarkan harga pakej yang kompetitif, layanan profesional serta perkhidmatan yang berkualiti daripada aspek makanan & masa.

Jumpa kami di Pameran Perkahwinan di Danga City Mall, Johor Bahru pada 9 - 11 Januari 2015. Promoter kami yang mesra akan kongsi kan maklumat pakej kepada anda. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Diskaun, Hadiah Honeymoon, Cabutan Bertuah serta Food Tasting PERCUMA di sana.

Jumpa promoter kami yang segak & tampan berbaju melayu di pameran itu nanti.








Sunday, 14 December 2014

TEMPAHAN KATERING MAJLIS PERKAHWINAN PADA 13 DISEMBER 2014 DI KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU.






Tempahan katering majlis perkahwinan di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru pada 13/12/2014. Jutaan terima kasih kepada Intan Fadilah & keluarga kerana sudi menggunakan perkhidmatan MRMS WEDDING & EVENT.

HADIAH PERKAHWINAN : VOUCHER HONEYMOON 3H 2M DI DALAM & LUAR MALAYSIA.

MRMS WEDDING & EVENT menyerahkan voucher honeymoon & album perkahwinan kepada
 Puan Siti Nur Aqillah Omar & Suami yang telah melangsungkan majlis mereka pada 29/11/2014 di 
Taman Desa Harmoni, Johor Bahru.

MRMS WEDDING & EVENT mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada pihak tuan rumah kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Ingat Honeymoon , Ingat MRMS WEDDING & EVENT !!!




PROGRAM DR AZIZAN OSMAN

Assalamualaikum semua,

Sudah beberapa hari saya tidak update blog ni sebab saya baru saja habis menghadiri program pengurusan perniagaan anjuran Richworks iaitu kepunyaan Dr Azizan Osman.

Program yang saya hadiri ialah Millionaire Marketing Mastery & Intensive Business Coaching yang telah tamat pada hari semalam.

Terlalu banyak ilmu yang saya & peserta lain pelajari daripada mentor Dr Azizan Osman, Jerry Zafrul Rizal , Dato Roslan & beberapa individu hebat yang lain.

Untuk berjaya dalam bisnes saya mesti punya mentor yang merupakan individu individu yang berjaya seperti mereka.

InshaALLAH dengan izin ALLAH SWT saya akan terus belajar, belajar, belajar & bertindak dengan betul.






Saturday, 6 December 2014

AGENT MARKETING UNTUK MRMS WEDDING & EVENT

MRMS WEDDING & EVENT mencari agent marketing untuk pelan perancangan perniagaan yang lebih meluas bermula Januari 2015. Sesiapa yang berminat untuk menjadi agent marketing ( dapat komisyen mudah ) boleh hubungi wakil kami. Terima kasih semua.

E-BOOK YANG BERMANFAAT UNTUK BAKAL PENGANTIN.


MRMS WEDDING & EVENT ada membeli e-book Perancangan Perkahwinan pada tahun lepas. E-book yang sangat berguna & juga bermanfaat kepada perancang perkahwinan, pihak katering seperti MRMS WEDDING & EVENT ni dan terutama sekali kepada bakal pengantin.

Jika anda ingin mengetahui apa yang terkandung didalam e-book perancangan perkahwinan. Boleh dapatkan  serta hubungi pemilik e-book tersebut di www.rancangkahwin.com. Semoga kita semua dapat banyak manfaat daripada nya. Amin.







MRMS WEDDING & EVENT MENYERAHKAN VOUCHER HONEYMOON KEPADA PASANGAN PENGANTIN.

MRMS WEDDING & EVENT menyerahkan voucher honeymoon kepada pasangan pengantin baru iaitu Puan Noraniza & suami.

Majlis mereka telah berlangsung pada 29/11/2014 minggu lepas. Terima kasih kerana memberi kepercayaan & menggunakan perkhidmatan MRMS WEDDING & EVENT.





Wednesday, 3 December 2014

VISI, MISI & MATLAMAT MRMS WEDDING & EVENT



Visi Syarikat

Menjadi sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan makanan minuman serta pengurusan majlis yang cekap, professional dan komited di peringkat nasional dan global.

Misi Syarikat

Memberi perkhidmatan yang  bermutu tinggi dan berkualiti , mewujudkan sistem perkhidmatan pelanggan yang unik dan dipercaya kepada para pelanggan.

Matlamat Syarikat

  • Menjadi yang terunggul di dalam industri pengurusan majlis dan perkhidmatan makanan minuman.
  • Merialisasikan impian setiap pelanggan yang memberi amanah dalam mengendalikan sebarang majlis dan acara.
  • Memupuk semangat silaturrahim dan budaya kerja yang cemerlang dalam diri setiap kakitangan syarikat.
  • Membentuk sebuah syarikat yang dipercaya yang berteraskan prinsip keagamaan.
  • Meningkatkan ekonomi syarikat sekaligus dapat membantu agama, negara dan bangsa.

TESTIMONIAL PENGANTIN MAJLIS 29/11/2014



Testimonial daripada Siti Nur Aqillah Omar, pengantin untuk majlis 29/11/2014 di 
Taman Desa Harmoni, Johor Bahru.

Alhamdulillah, MRMS WEDDING & EVENT akan sentiasa memberi perkhidmatan terbaik untuk majlis perkahwinan anda.








KEPAKARAN MRMS WEDDING & EVENT

Kepakaran kami adalah membantu sektor swasta, badan kerajaan, individu & bakal pengantin yang memerlukan perkhidmatan katering yang berkualiti, layanan profesional dan harga pakej yang kompetitif. 

Individu yang bekerja di syarikat kami merupakan individu yang berpengalaman di dalam perkhidmatan pengurusan makanan dan minuman.

Secara tidak langsung, perkara yang dititik beratkan oleh syarikat kami ialah kualiti dalam segenap aspek perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan termasuk kualiti makanan minuman, ketepatan masa, servis pelayan, kualiti khidmat pelanggan dan sebagainya.








CHECKLIST PERSIAPAN MAJLIS PERKAHWINAN.

MMRMS WEDDING &  EVENT menyenaraikan checklist persiapan untuk majlis perkahwinan. Perancangan & persiapan lebih awal dalam banyak perkara adalah digalakkan supaya ia tidak menjadi kelam kabut apabila tarikh majlis perkahwinan tersebut semakin mendekat.


Senarai persiapan majlis perkahwinan :

2 - 3 minggu sebelum majlis.
- Hubungi Pejabat Agama Negeri untuk mengesahkan kehadiran Pendaftaran Pernikahan.
- Pastikan semua urusan berkaitan dengan procedur pernikahan telah selesai.
- Serahkan permohonan cuti kepada majikan.
- Selesaikan semua urusan kerja sebelum cuti.
- Aturkan kembali pengangkutan untuk majlis perkahwinan.
- Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayara tersebut.
- Pastikan pakaian pengantin sudah diambil atau diterima.
- Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang telah ditempah.
- Sediakan dan pasang papan tanda / petunjuk arah lokasi majlis.
- Semak beberapa kali senarai untuk majlis perkahwinan agar tiada yang terlupa / terlepas pandang.

1 bulan sebelum majlis.
- Bincang Panduan Yang Disediakan Bersama Jurufoto/Juruvideo.
- Bincang Senarai Tugasan Bersama Ahli Keluarga.
- Buat Rawatan Muka & Badan.
- Mencuba Pakaian Termasuk Aksesori & Mengambilnya Daripada Pereka.
- Memastikan Semua Keperluan Majlis Sudah Dibeli, Dipinjam atau Disewa.
- Sediakan Hiasan Meja.
- Pastikan Cincin Dalam Ukuran Yang Betul.
- Cuba Kasut Kahwin & Latih Menggayakannya.

2 bulan sebelum majlis.
- Pos Kad Kahwin.
- Bincang Aturcara Dengan Semua Pihak.
- Bincang Aturcara Dan Skrip Ucapan Bersama Pengacara Majlis.
- Cetak Aturcara Majlis.
- Sediakan Tempat Tinggal Untuk Keluarga Pasangan, Rakan & Saudara Mara.
- Mengatur Sesi Penggambaran Di Studio.
- Rancang Kedudukan Tempat Duduk Tetamu.

3 bulan sebelum majlis.
- Lengkapkan borang perkahwinan.
- Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga.
- Sah kan kembali tempahan yang telah dibuat.
- Buat tempahan untuk melakukan spa.
- Pilih studio yang sesuai untuk gambar potret.
- Tulis alamat tetamu untuk kad jemputan.
- Mula membungkus cenderahati jemputan.

4 bulan sebelum majlis.
- Pilih & tempah kad kahwin.
- Tempah candy buffet.
- Sediakan peta lokasi majlis.
- Tempah atau beli cenderahati untuk tetamu.
- Tinjau lokasi majlis.
- Pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah ditempah

5 - 12 bulan sebelum majlis.
- Buat senarai tetamu.
- Tempah katerer.
- Tempah baju majlis nikah & resepsi.
- Tempah destinasi bulan madu.
- Tempah juruandam.
- Tempah penggubah bunga & penghias lokasi majlis.
- Tempah jurufoto & video.
- Tempah cincin perkahwinan.
- Tempah penginapan ahli keluarga / tetamu.
- Tempah penggubah hantaran.
- Beli barang hantaran.
- Hadiri kursus perkahwinan.
- Buat pemeriksaan HIV.

Tuesday, 2 December 2014

MRMS WEDDING & EVENT DI PAMERAN PENGANTIN 9 - 11 JANUARI 2015

MRMS WEDDING & EVENT akan menyertai Pameran Perkahwinan di Danga City Mall , Johor Bahru pada 9 - 11 Januari 2015. 

Marilah datang beramai-ramai bersama pasangan & keluarga anda bertemu wakil jualan MRMS WEDDING & EVENT disana. Dapatkan maklumat yang hebat mengenai pakej-pakej kami. 

Jangan ketinggalan untuk hadir & jangan lepaskan peluang membuat tempahan kerana anda akan menerima HADIAH PERCUMA selama 3 hari kami di pameran. ' Food Tasting ' juga disediakan kepada pelanggan yang ingin merasai menu hebat kami.








FAN PAGE FACEBOOK MRMS WEDDING & EVENT

Assalamualaikum,

Kepada pembaca yang ingin mengetahui maklumat terkini mengenai program perkhidmatan MRMS WEDDING & EVENT, boleh lah klik & dapatkan maklumat tersebut di :

https://www.facebook.com/mrmsweddingevent.com.my?ref=

Pihak saya akan sentiasa update program terbaru di Fan Page MRMS WEDDING & EVENT.

Jangan lupa LIKE ya ... Terima kasih.

TIPS PERKAHWINAN

Tips Perkahwinan : 

1. Tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik. Bila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.

2. Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih baik. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah dan dapat menguatkan tali silaturahmi bersama jiran anda. Tetapi, sekarang ini sudah banyak pameran perkahwinan dan katering yang menyediakan pakej bajet untuk perkahwinan, rajin-rajinlah buat survey beberapa bulan atau tahun sebelum melangsungkan majlis anda.

3. Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Sekarang ini ada juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Maknanya selepas pakai, anda kena pulangkan pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada beli terus pakaian perkahwinan itu.

4. Hantaran dan hiasan pelamin dari bunga segar lebih indah dan kosnya juga tinggi. Tapi tak salah jika anda gunakan bunga tiruan tetapi gubahnya secara kreatif. Lagipun dengan bunga tiruan, anda dapat terus gunakannya sebagai hiasan untuk kediaman anda.

5. Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Biasanya diskaun hebat akan diberikan. Selain itu, tarikh juga mainkan peranan. Sekiranya anda menempah servis kahwin pada hari yang tidak sibuk, contohnya majlis perkahwinan bukan sewaktu cuti persekolahan, harganya juga boleh dirunding dan lebih murah dari waktu yang sibuk.

6. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu hari. Untuk menjimakan kos, akad nikah dilakukan pada waktu pagi manakala persandingan dan kenduri dilakukan pada waktu tengahari. Jika anda tetap mahu melakukan majlis akad nikah dan persandingan secara berasingan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah ( saudara mara dan rakan terdekat sahaja ).

7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Orang lain letak hantaran 5, anda letak 10 supaya nampak lebih gah. Kebiasaanya hantaran adalah 5 berbalas 7. Pilih barangan yang akan digunakan, bukan sekadar cantik sahaja.

8. Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah. Memang seronok kerana pada cuti sekolah, ramai saudara-mara yang akan hadir. Tetapi tahukah anda barang ketika ini agak mahal. Atau jika anda telah memilih tarikh pada cuti sekolah, seeloknya buat persiapan dan beli barang-barang perkahwinan lebih awal. Persedian 1-2 tahun sebelum kahwin juga adalah normal.

9. Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad kahwin anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik. Untuk menjimatkan kos, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam satu kad sahaja. Selain itu, sekarang pun sudah popular dimana bakal pengantin menjemput tetamu melalui Facebook sahaja.

10. Untuk hiburan halwa telinga pula, daripada mengupah pemuzik, band atau kugiran, sekarang ini sudah banyak perkhidmatan DJ yang boleh memainkan CD lagu yang menarik serta acara karaoke. Lebih meriah dan murah

11. Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan anda tak menggunakan semua wang simpanan anda dan seterusnya BERHUTANG. Sentiasa elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan KAD KREDIT.

12. Jika anda mahu jimat lagi, anda boleh menggubah sendiri hantaran perkahwinan atau upah saja saudara mara dan kawan-kawan. Pastinya kos lebih rendah daripada membeli sendiri hantaran di kedai. Hantaran yang dijual di kedai biasanya berharga RM80 ke atas untuk satu bekas hantaran sahaja. Jika anda ada 7 hantaran, sudah berapa pula?

13. Jangan lupa survey mengenai khidmat katering, pelamin, pakaian perkahwinan ataupun cenderamata yang murah dari kawan-kawan atau saudara mara. Selalunya mereka mempunyai cadangan yang bernas dan tahu mana perkhidmatan yang murah dan bagus.

14. Akhbar dan majalah selalunya mempunyai peraduan yang menghadiahkan pakej berbulan madu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertainya. Manalah tahu, rezeki anda kan? Honeymoon free lagi!

15. Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini anda juga boleh mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan dan anda boleh memantau bajet perkahwinan anda jika 'terlebih' atau 'terkurang'.

Sumber : ikahwin.my