Friday, 29 March 2013

BERSYUKUR



Kata-kata ringkas MRMS...

" Bersyukur lah akan siapa gerangan pasangan serta jodoh anda."

Tuesday, 26 March 2013

PANTUN CINTA

kisah hamba kisah cinta
sebak dada menahan gelora
kasih hamba jauh di mata
namun di jiwa rindu membara

sudahnya cinta materai janji
sudahnya hati memahat rasa
fitrah kasih kadangkala diuji
kelak di mata mengikat mesra

Monday, 25 March 2013

MRMS BERGAMBAR KETIKA MENJALANKAN TUGAS DI SYARIKAT CATERING DARI SHAH ALAM






Sebilangan gambar yang dipaparkan menunjukkan sewaktu perjalanan majlis dimana ia telah di jaga sendiri oleh MRMS. Gambar-gambar diatas ialah gambar yang telah diambil daripada beberapa majlis di sekitar negeri Selangor.

 MRMS kini masih berkhidmat di sebuah syarikat catering terkemuka di Shah Alam.

MRMS sudah pun memberanikan diri untuk membuka empayar syarikat sendiri dalam perkhidmatan pengurusan acara dan juga majlis.

Jangan ragu akan kemampuan MRMS dalam mengendalikan serta mengurus majlis anda. Hubungi MRMS.

Sunday, 24 March 2013

CARA BERKASIH SAYANG MENGIKUT SUNNAH RASULLAH S.A.W


Tips utk pengantin baru & lama

1. Tidur satu selimut bersama isteri
2. Memakai wangi-wangian
3. Mandi bersama isteri
4. Menyikat rambut suami
5. Membantu isteri di dapur
6. Minum bergantian pada tempat yang sama
7. Membelai isteri
8. Tidur dipangkuan isteri
9. Memanggil dengan kata-kata mesra
10. Berjalan berpegangan tangan

BUSINESS CARD MRMS



Assalamualaikum kepada semua pembaca & pelanggan. 
Diatas ini ialah design kad bisnes MRMS. Saya nyatakan jenis perkhidmatan syarikat saya. Terdapat juga alamat syarikat yang bertempat di Taman Scientex, Masai, Johor. Yang paling utama ialah no handphone. Boleh hubungi saya call / sms untuk dapatkan perkhidmatan untuk majlis anda.

MRMS ialah singkatan bagi nama Mohd Rashid Mohd Shahar. Logo yang saya cipta mempunyai signifikan makna yang mendalam dan makna yang pelbagai. Untuk mengetahui apakah makna hebat disebalik logo tersebut maka hubungilah saya. Kita akan berjumpa dan berbicang serta terima konsultansi majlis secara percuma. insyaALLAH.

Friday, 22 March 2013

10 JANJI ALLAH SWT KEPADA YANG INGIN BERKAHWIN


Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah, Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah, Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

FLYERS PAKEJ PERKAHWINAN



Terdapat 2 pilihan pakej perkahwinan iaitu pakej dewan dan 
pakej khemah.

Pakej khemah :
Khemah Mukminin RM 12.90 / 1000pax
Khemah Mukminat RM 13.90 / 1000pax

Pakej Dewan :
Dewan Muslimin RM 12.50 / 1000pax
Dewan Muslimat RM 13.50 / 1000pax

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya di nombor 0122736380 dan 0137919064.

Tuesday, 19 March 2013

MAJALAH BERGUNA KEPADA BAKAL PENGANTIN


Gambar di atas ialah sebuah majalah pengantin keluaran Karangkraf. Kepada setiap bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan adalah lebih bermanfaat untuk dapatkan sebuah majalah seumpama ini untuk setiap bulan di sepanjang persiapan majlis perkahwinan anda. Ia sangat berguna kepada anda terutama kepada bakal pengantin.

MRMS juga sedia membantu dalam memberi idea, konsultansi dan pandangan mengenai perancangan, persediaan, juga pengurusan majlis perkahwinan.

Saturday, 9 March 2013

SIAPA DIA MRMS

Mohd Rashid Bin Mohd Shahar nama diberi. Berumur 27 tahun dan berasal dari Johor. Berkelulusan Diploma Hotel Management dari Universiti Tun Abdul Razak. 

Berpengalaman dalam industri perhotelan selama 5 tahun iaitu di Shangrila Hotel Kuala Lumpur. Berkecimpung pula di sebuah syarikat catering bertempat di Shah Alam. Telah mengendalikan sehingga 486 acara majlis perkahwinan dan korporat pada tahun 2012. 


Berbekalkan pengalaman dan ilmu serta keberanian diri maka terbinalah sebuah syarikat persendirian yang memberi perkhidmatan servis untuk sebarang majlis terutama majlis perkahwinan. Bertempat di Pasir Gudang dan dapatkan khidmat saya sebagai Pengurus Majlis Anda. 


" Sempurnakan Majlis Dengan Suci Hati ".

DIGITAL POTRAIT CLIENT SAYA DI SYARIKAT SHAH ALAM


Fiqa & Suami


Juliana & Suami



Habirul & Khadijah



Rosmafazidawati & Kamalrul


Hidir Redzuan & Isteri


Diana & Wan


Muazah & Suami


Aisyah & Mansur


Ekin & Yasri

Sebilangan gambar digital potrait pasangan pengantin client saya yang dihasilkan oleh sahabat serumah dan saya jadikan sebagai kenangan abadi. Seronok berunding bersama mereka.


PEMILIK MRMS WEDDING & EVENT



Mohd Rashid Bin Mohd Shahar

MRMS WEDDING & EVENT